Blog
Thursday, June 18, 2009
Nevermind.. I'll Post This 1 Story That I've Read From MJ12 Blog. But The Word Is In Malay.
Salam KC,
Nama saya Hazirah dan saya berumur 14 tahun. Saya tinggal di daerah Bukit Panjang. Rumah saya ni penuh dengan gangguan. Sering ibu dan kakak saya menceritakan gangguan yang mereka alami. Cuma saya seorang yang tidak pernah lihat makhluk tersebut. Tetapi dua hari yang lalu, sedang saya nyenyak tidur, terdengar bunyi bayi menangis. KC, rumah saya tak ada bayi kecil. Kecuali adik saya yang berumur 12 tahun. Sedang saya buka mata, seorang budak kecil kurang-kurang dalam umur 3 atau 4 tahun lari di sebelah katil saya. Budak kecil itu berpakaian lampin sahaja. Larinya sangat pantas. Tiada sesiapa di rumah kecuali adik saya yang masa itu sedang membuat minuman di dapur. Saya bangun, tanya adik saya siapa budak kecil itu. Adik saya tercengang. Dan terdapat lebam-lebam di kaki saya. Saya pasti, semalamnya tidak ada apa-apa. Cuma selepas tidurlah saya mendapat lebam-lebam tersebut. Nak kata saya terhantuk waktu tidur, tidak. Di tepi katil saya tiada barang-barang dan saya bukan seseorang yang tidurnya nakal. Ibu dan kakak saya pun sering mendapati lebam-lebam tersebut. Pernah adik saya berseorangan di bilik. Sedang dia baring-baring di katil, dia terdengar bunyi ketukan di tingkap. Die terus keluar lari ke bilik saya. Hari demi hari, gangguan semakin teruk. Apa harus kami sekeluarga buat? Ibu dan ayah sibuk kerja. Tak ada masa untuk minta pertolongan dari yng pakar.
Dari,Hazirah...
Labels: My Lyfe